Tan Sri Dato’ Seri Abd. Ghafar bin Mahmud

AAP, DIMP, SSAP, PSM.

  • Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pengerusi Perbadanan Kota Buku dan Majlis Buku Kebangsaan.
  • Ahli Lembaga PADU (Education Performance Delivery Unit), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tan Sri Dato’ Seri Abd. Ghafar bin Mahmud merupakan mantan Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sumbangan paling besar Tan Sri Abd. Ghafar kepada pembangunan sistem pendidikan Malaysia adalah peranan beliau sebagai pemimpin pasukan petugas dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini telah menjadi agenda utama dasar pendidikan kerajaan Malaysia, sebagai peninggalan warisan beliau untuk menjaga dan memakmurkan pendidikan generasi akan datang.

Beliau merupakan Pengerusi Perbadanan Kota Buku dan Majlis Buku Kebangsaan dan beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah PADU (Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan).

Scroll to Top