Mudahnya Menulis Wasiat Bersama as-Salihin!

Pihak kami sering mendapat pertanyaan bagaimana hendak membuat wasiat. Setelah penerangan dibuat, rata-rata yang bertanya akan memberi maklum balas bahawa proses penulisan wasiat itu mudah rupanya.

Menulis wasiat adalah sesuatu yang sangat mudah, lebih-lebih lagi apabila anda menulis wasiat dengan pihak yang pakar dalam bidang tersebut. as-Salihin Trustee Berhad merupakan sebuah syarikat amanah yang pakar dalam penulisan wasiat. as-Salihin fokus dalam bidang perancangan dan pentadbiran harta pusaka Islam. Mari kita sama-sama lihat 5 langkah mudah yang perlu diambil untuk menulis wasiat bersama as-Salihin Trustee Berhad.

5 LANGKAH MUDAH MENULIS WASIAT

1. Hubungi Perancang Harta Pusaka as-salihin
as-Salihin mempunyai lebih 5,000 Perancang Harta Pusaka atau lebih dikenali sebagai Islamic Estate Planner (IEP) di seluruh negara yang sedia untuk membantu. Anda boleh menghubungi mana-mana IEP as-Salihin untuk mendapatkan nasihat dan membuat perancangan harta pusaka secara menyeluruh.

2. Kenal pasti harta-harta dan cara pengagihan
Senaraikan seluruh harta yang ada diatas nama anda, baik harta alih mahupun harta tidak alih. Dalam masa yang sama, anda juga perlu memberikan arahan pemberian bagi setiap harta tersebut. Anda juga boleh memberi tidak melebihi 1/3 daripada harta anda kepada bukan waris faraid bagi tujuan wakaf dan amal jariah sebagai saham akhirat.

Berikut merupakan contoh-contoh harta alih:

  • Akaun-akaun bank
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Amanah Saham Berhad (ASB)
  • Pelaburan Unit
  • Amanah
  • Kereta
  • Emas
  • Saham syarikat
  • Keahlian kelab

Berikut merupakan contoh-contoh harta tidak alih:

  • Rumah
  • Tanah
  • Ladang kelapa sawit
  • Kebun
  • Premis perniagaan

3. Bayaran secara atas talian
as-Salihin kini mengamalkan ‘cashless policy’. Oleh itu, pelanggan digalakkan untuk membuat sebarang bayaran melalui ‘online transfer’. Selepas pembayaran dibuat, anda perlu menghantarkan bukti pembayaran kepada IEP anda dan resit rasmi as-Salihin akan dikeluarkan bagi bayaran tersebut.

4. Draf wasiat untuk disemak
Setelah senarai harta, cara pemberian & bayaran deposit dibuat, dalam masa 3 hari bekerja,
as-Salihin akan mengeluarkan draf wasiat mengikut arahan-arahan yang telah anda serahkan kepada IEP.

Anda perlu menyemak draf tersebut dan sekiranya terdapat sebarang perubahan, anda boleh meminta untuk membuat pindaan. as-Salihin akan meminda deraf tersebut dan akan mengeluarkan draf baharu untuk disemak.

5. Tandatangan wasiat anda bersama as-Salihin
Setelah anda memberi persetujuan terhadap draf yang dikeluarkan, anda akan diminta untuk berjumpa dengan IEP bagi menandatangani wasiat anda di hadapan 2 orang saksi lelaki muslim (yang akan disediakan oleh IEP).

6. Salinan Wasiat & kad simpanan
Anda akan mendapat satu Salinan wasiat dan juga 2 keping ‘custody card’ bagi simpanan peribadi. Wasiat asal anda akan didaftarkan dan disimpan dengan selamat di dalam bilik kebal kami sehingga hujung hayat anda.

Itu sahaja proses yang anda perlu lalui untuk membuat wasiat. Mudah bukan?! Jadi tunggu apa lagi, anda boleh hubungi kami secara terus di talian 03-7880 9595 ataupun mana-mana IEP kami yang berada di seluruh Malaysia!

Isi Kandungan

Menulis wasiat adalah sesuatu yang sangat mudah, lebih-lebih lagi apabila anda menulis wasiat dengan pihak yang pakar dalam bidang tersebut. as-Salihin Trustee Berhad merupakan sebuah syarikat amanah yang pakar dalam penulisan wasiat. as-Salihin fokus dalam bidang perancangan dan pentadbiran harta pusaka Islam untuk memenuhi kehendak anda dan meringankan bebanan anda serta waris-waris pada masa kelak.

Apa itu Wasiat?

Bagi mengetahui apakah proses membuat Wasiat, kita harus tahui apa itu Wasiat?

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya.

Boleh rujuk pada blog berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wasiat seperti yang dinyatakan diatas :-

  1. Wasiat Menurut Islam

Syarat Menulis Wasiat mengikut Undang-undang?

Menurut undang-undang di Malaysia, terdapat beberapa syarat yang menjadikan wasiat sah di sisi undang-undang iaitu:

  1. Individu wajib berumur sekurang-kurangnya 18 tahun semasa menulis wasiat;
  2. Sempurna akal (waras) dan sihat tubuh badan;
  3. Tanpa paksaan dan desakan daripada sesiapa
  4. Tidak dilarang untuk mentadbir harta contohnya bankrap
  5. Mempunyai kemampuan menurut undang-undang untuk membuat wasiat.

Boleh rujuk pada blog berikut untuk mengetahui lebih lanjut :-

  1. Syarat Sah Menulis Wasiat Mengikut Undang-Undang

5 Langkah Menulis Dokumen Wasiat

as-Salihin Trustee Berahd sering mendapat pertanyaan bagaimana hendak membuat wasiat. Setelah penerangan dibuat, rata-rata yang bertanya akan memberi maklum balas bahawa proses penulisan wasiat itu mudah rupanya.

Mari kita mengenal pasti 5 langkah yang perlu diambil untuk menulis wasiat bersama as-Salihin Trustee Berhad.

1) Menentukan hasrat anda

Langkah pertama dalam menulis wasiat adalah menentukan hasrat dan tujuan anda dengan jelas. Pertimbangkan aset yang ingin anda sertakan dalam wasiat dan siapa yang akan menjadi penerima dari aset tersebut. Tambahan pula, bagi mengatur Wasiat anda dengan jelas anda patut fikirkan dan menentukan

  1. Siapa anda patut lantik sebagai Pentadbir Harta bagi mengurus harta.
  2. Siapa anda patut lantik bagi penjagaan harta anak bawah umur anda.
  3. Pengagihan harta-harta kepada waris faraid dan bukan waris faraid.
  4. Pengagihan harta-harta untuk tujuan wakaf dan sedekah jariah.

Dengan mengenalpasti perkara di atas, anda dapat menuliskan wasiat dengan lebih efektif. Maklumat penting yang anda harus tahu adalah anda boleh memberi tidak melebihi 1/3 daripada harta anda kepada bukan waris faraid.

2) Mengumpulkan informasi yang diperlukan

Senaraikan seluruh aset-aset dan liabiliti yang ada diatas nama anda, baik harta alih mahupun harta tidak alih.

Berikut merupakan contoh-contoh harta alih:

  • Akaun-akaun bank
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Amanah Saham Berhad (ASB)
  • Pelaburan Unit
  • Amanah
  • Kereta
  • Emas
  • Saham syarikat
  • Keahlian kelab

Berikut merupakan contoh-contoh harta tidak alih:

  • Rumah
  • Tanah
  • Ladang kelapa sawit
  • Kebun
  • Premis perniagaan

Dalam masa yang sama, anda harus memberikan maklumat penerima-penerima atau institusi yang terlibat dalam pemberian harta anda.

Menyenaraikan perkara ini dapat membantu anda dan keluarga anda untuk melaksanakan penulisan wasiat anda, dan mengurangkan kesulitan ketika menghadapi kecemasan.

Sekiranya anda belum lagi menyenaraikan lagi dokumen penting anda, sekarang adalah masa terbaik untuk melakukannya. Lebih-lebih lagi, kegagalan menyimpan rekod senarai harta yang anda miliki boleh membawa kepada kelewatan dalam pengurusan harta anda.

3) Mendapatkan konsultasi dengan Pakar Perancang Harta Pusaka Islam (IEP):

Untuk memastikan wasiat anda sesuai dengan hukum yang berlaku, sangat disarankan untuk berkonsultasi dengan Pakar Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) yang berpengalaman dalam hal penulisan wasiat. Mereka dapat memberikan nasihat hukum yang tepat, membantu anda memahami implikasi, dan memastikan bahawa wasiat anda memenuhi persyaratan hukum yang berlaku.

Dalam konsultasi dengan Pakar Perancang Harta Pusaka Islam (IEP), pastikan anda memberikan hajat dan keinginan anda dengan jelas.

4) Menyusun Wasiat

Berdasarkan tujuan dan informasi yang telah anda kumpulkan, sekarang saatnya untuk menyusun wasiat. Dengan menentukan pengaturan dasar, seperti penunjukan Pentadbir Harta, Penjaga Harta dan Pewaris.

Kemudian, jelaskan secara rinci bagaimana anda ingin aset anda diaghikan. Pegawai perundangan kami akan menyediakan draf Wasiat mengikut kehendak anda serta mengikut hukum syarak dan undang-undang.

Selepas anda puas dengan draf wasiat anda dengan memberikan pengesahan dan keputusan muktamad kepada Pakar Perancang Harta Pusaka Islam anda. Proses mendatangani dokumen akan dibuat oleh pewasiat bersertakan dua orang saksi lelaki beragama islam.

5) Tandatangan Wasiat dan Salinan Wasiat

Setelah tandatangan wasiat, wasiat yang asal akan didaftarkan dan disimpan dibawah jagaan as-Salihin Trustee Berhad dan anda pula akan menerima salinan dokumen wasiat bersama-sama dua keping ‘custody card’ bagi simpanan peribadi.

Sekiranya pada masa depan, anda ingin membuat menukaran isi kandungan wasiat. Anda boleh

  1. Hubungi Pakar Perancang Harta Pusaka Islam anda melalui email kami marketing@as-salihin.com
  2. Gunakan sistem Senarai Harta Peribadi atau E-PAI dengan layari as-salihin.com/senarai-harta-peribadi-e-pai

Kunjungi Faraid Kalkulator & Blog

Faraid Kalkulator
Scroll to Top