Isi Kandungan
Menulis wasiat adalah sesuatu yang sangat mudah, lebih-lebih lagi apabila anda menulis wasiat dengan pihak yang pakar dalam bidang tersebut. as-Salihin Trustee Berhad merupakan sebuah syarikat amanah yang pakar dalam penulisan wasiat. as-Salihin fokus dalam bidang perancangan dan pentadbiran harta pusaka Islam untuk memenuhi kehendak anda dan meringankan bebanan anda serta waris-waris pada masa kelak.
Apa itu Wasiat?
Bagi mengetahui apakah proses membuat Wasiat, kita harus tahui apa itu Wasiat?
Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya.
Boleh rujuk pada blog berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wasiat seperti yang dinyatakan diatas :-
Syarat Menulis Wasiat mengikut Undang-undang?
Menurut undang-undang di Malaysia, terdapat beberapa syarat yang menjadikan wasiat sah di sisi undang-undang iaitu:
- Individu wajib berumur sekurang-kurangnya 18 tahun semasa menulis wasiat;
- Sempurna akal (waras) dan sihat tubuh badan;
- Tanpa paksaan dan desakan daripada sesiapa
- Tidak dilarang untuk mentadbir harta contohnya bankrap
- Mempunyai kemampuan menurut undang-undang untuk membuat wasiat.
Boleh rujuk pada blog berikut untuk mengetahui lebih lanjut :-
5 Langkah Menulis Dokumen Wasiat
as-Salihin Trustee Berahd sering mendapat pertanyaan bagaimana hendak membuat wasiat. Setelah penerangan dibuat, rata-rata yang bertanya akan memberi maklum balas bahawa proses penulisan wasiat itu mudah rupanya.
Mari kita mengenal pasti 5 langkah yang perlu diambil untuk menulis wasiat bersama as-Salihin Trustee Berhad.
1) Menentukan hasrat anda
Langkah pertama dalam menulis wasiat adalah menentukan hasrat dan tujuan anda dengan jelas. Pertimbangkan aset yang ingin anda sertakan dalam wasiat dan siapa yang akan menjadi penerima dari aset tersebut. Tambahan pula, bagi mengatur Wasiat anda dengan jelas anda patut fikirkan dan menentukan
- Siapa anda patut lantik sebagai Pentadbir Harta bagi mengurus harta.
- Siapa anda patut lantik bagi penjagaan harta anak bawah umur anda.
- Pengagihan harta-harta kepada waris faraid dan bukan waris faraid.
- Pengagihan harta-harta untuk tujuan wakaf dan sedekah jariah.
Dengan mengenalpasti perkara di atas, anda dapat menuliskan wasiat dengan lebih efektif. Maklumat penting yang anda harus tahu adalah anda boleh memberi tidak melebihi 1/3 daripada harta anda kepada bukan waris faraid.
2) Mengumpulkan informasi yang diperlukan
Senaraikan seluruh aset-aset dan liabiliti yang ada diatas nama anda, baik harta alih mahupun harta tidak alih.
Berikut merupakan contoh-contoh harta alih:
- Akaun-akaun bank
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Amanah Saham Berhad (ASB)
- Pelaburan Unit
- Amanah
- Kereta
- Emas
- Saham syarikat
- Keahlian kelab
Berikut merupakan contoh-contoh harta tidak alih:
- Rumah
- Tanah
- Ladang kelapa sawit
- Kebun
- Premis perniagaan
Dalam masa yang sama, anda harus memberikan maklumat penerima-penerima atau institusi yang terlibat dalam pemberian harta anda.
Menyenaraikan perkara ini dapat membantu anda dan keluarga anda untuk melaksanakan penulisan wasiat anda, dan mengurangkan kesulitan ketika menghadapi kecemasan.
Sekiranya anda belum lagi menyenaraikan lagi dokumen penting anda, sekarang adalah masa terbaik untuk melakukannya. Lebih-lebih lagi, kegagalan menyimpan rekod senarai harta yang anda miliki boleh membawa kepada kelewatan dalam pengurusan harta anda.
3) Mendapatkan konsultasi dengan Pakar Perancang Harta Pusaka Islam (IEP):
Untuk memastikan wasiat anda sesuai dengan hukum yang berlaku, sangat disarankan untuk berkonsultasi dengan Pakar Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) yang berpengalaman dalam hal penulisan wasiat. Mereka dapat memberikan nasihat hukum yang tepat, membantu anda memahami implikasi, dan memastikan bahawa wasiat anda memenuhi persyaratan hukum yang berlaku.
Dalam konsultasi dengan Pakar Perancang Harta Pusaka Islam (IEP), pastikan anda memberikan hajat dan keinginan anda dengan jelas.
4) Menyusun Wasiat
Berdasarkan tujuan dan informasi yang telah anda kumpulkan, sekarang saatnya untuk menyusun wasiat. Dengan menentukan pengaturan dasar, seperti penunjukan Pentadbir Harta, Penjaga Harta dan Pewaris.
Kemudian, jelaskan secara rinci bagaimana anda ingin aset anda diaghikan. Pegawai perundangan kami akan menyediakan draf Wasiat mengikut kehendak anda serta mengikut hukum syarak dan undang-undang.
Selepas anda puas dengan draf wasiat anda dengan memberikan pengesahan dan keputusan muktamad kepada Pakar Perancang Harta Pusaka Islam anda. Proses mendatangani dokumen akan dibuat oleh pewasiat bersertakan dua orang saksi lelaki beragama islam.
5) Tandatangan Wasiat dan Salinan Wasiat
Setelah tandatangan wasiat, wasiat yang asal akan didaftarkan dan disimpan dibawah jagaan as-Salihin Trustee Berhad dan anda pula akan menerima salinan dokumen wasiat bersama-sama dua keping ‘custody card’ bagi simpanan peribadi.
Sekiranya pada masa depan, anda ingin membuat menukaran isi kandungan wasiat. Anda boleh
- Hubungi Pakar Perancang Harta Pusaka Islam anda melalui email kami marketing@as-salihin.com
- Gunakan sistem Senarai Harta Peribadi atau E-PAI dengan layari as-salihin.com/senarai-harta-peribadi-e-pai