Tentang Kami
AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD (200401031859 [670367-D]) merupakan sebuah syarikat amanah yang ditubuhkan pada 23 Oktober 2004. Penubuhan ini adalah di bawah Akta Syarikat 2016 serta didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, menjadikannya antara syarikat amanah Islam terawal di Malaysia yang memberi fokus kepada perancangan dan pentadbiran harta pusaka berlandaskan Syariah.
Syarikat ini diasaskan oleh Allahyarham Tun Mohamed Salleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara. Beliau menyedari ketika itu banyak harta pusaka umat Islam terbeku kerana tiada perancangan harta yang jelas dan menyeluruh.
Atas kesedaran itu, beliau telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah institusi amanah yang dapat menyediakan perkhidmatan perancangan dan pentadbiran pusaka yang lengkap, profesional dan patuh Syariah demi memastikan harta umat Islam dapat diuruskan dengan lebih teratur dan berkesan.
Hari ini, AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD terus komited untuk:
- Memelihara, melindungi dan mengagih harta mengikut prinsip Syariah.
- Menyediakan perkhidmatan perancangan harta pusaka, pentadbiran harta pusaka, wasiat, deklarasi hibah, amanah serta deklarasi harta sepencarian untuk umat Islam.
- Menjadi rakan strategik kepada masyarakat Muslim dalam memastikan harta yang ditinggalkan dapat diagihkan dengan adil, teratur dan berlandaskan hukum Syariah.
Visi
Menjadi Peneraju Syarikat Perancang Harta Pusaka Islam di Malaysia.
Misi
Menjadi Syarikat Perancangan Harta Pusaka Islam yang Efisien.
Nilai Teras
Berintegriti, Bertanggungjawab, Saling Menghormati.
Carta Organisasi
