Rancang Harta adalah kunci kepada Perancangan Harta Pusaka Islam.
Mengapa Rancang Harta di as-Salihin
Pakej Komprehensif
Merangkumi aspek Dokumentasi, Pentadbiran & Pengagihan
Murah & Berbaloi
Harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing yang lain
Klausa Tanpa Had
Tiada had penyenaraian harta dan syarat dalam dokumen
Tanpa Kerumitan
Pentadbiran dilakukan dari mula hingga akhir oleh as-Salihin
Cepat & Mudah
Dokumentasi siap dalam masa 7 hari bekerja sahaja

Merangkumi aspek Dokumentasi, Pentadbiran & Pengagihan

Harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing yang lain

Tiada had penyenaraian harta dan syarat dalam dokumen

Pentadbiran dilakukan dari mula hingga akhir oleh as-Salihin

Dokumentasi siap dalam masa 7 hari bekerja sahaja
Pakej Rancang Harta
Rancang Hibah
Pakej Hibah dan Wasiat
(2 Produk)
Pemberian harta mengikut hasrat pemilik harta khusus untuk orang kesayangan sama ada waris atau bukan waris bertujuan untuk menjamin dan memelihara hak-hak mereka.
Rancang Harta Sepencarian
Pakej Perjanjian Harta Sepencarian dan Wasiat
(2 Produk)
Pembahagian harta sepencarian mengikut persetujuan bersama di mana kedua-dua pihak suami dan isteri boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian hak mereka.
Rancang Warisan
Pakej Pentadbiran Harta Pusaka dan Wasiat (2 Produk)
Pakej merancang harta yang lengkap merangkumi pengagihan aset, pelantikan pentadbir harta serta meringankan bebanan ahli waris si mati.
Pakej Keluarga
Pakej 2 Wasiat (2 Produk)
Pakej wasiat khusus untuk dua (2) ahli keluarga sama ada suami dan isteri, ibu/bapa dan anak atau dua (2) ahli keluarga terdekat. Penjimatan harga yang berbaloi untuk dua (2) wasiat.
Rancang Legasi
Pakej Hibah/Harta Sepencarian dan Wasiat dan Warisan
(3 Produk)
Pakej eksklusif yang mengandungi gabungan tiga (3) instrumen terdiri daripada hibah atau harta sepencarian, wasiat dan pakej diskaun 20% untuk yuran pentadbiran pusaka dan amanah. sangat berbaloi dan hak-hak orang kesayangan anda akan terjamin dan terpelihara.
Testimoni Pelanggan Kami
Puan Aisyah
“Saya berasa amat lega kerana saya telah mewasiatkan semua harta saya kepada anak-anak.”
En. Khai
“Rancang Hibah (Hibah+Wasiat) lebih berbaloi daripada produk tunggal kerana kombinasi keduanya amat murah.”
En. Zambrie
“Saya tak mempunyai anak lelaki, maka saya telah hibahkan aset-aset saya kepada kedua anak perempuan saya.”
Puan Wati
“Staff as-Salihin sangat membantu dalam proses penyediaan dokumen saya. Sangat cepat dan responsif.”
Soalan Lazim
1) Bagaimanakah cara saya untuk membuat temujanji?
Selamat datang. Terima kasih kerana berminat dengan Pakej Rancang Harta as-Salihin Trustee Berhad.
Selepas anda mengisi maklumat pada borang sesi Konsultasi PERCUMA. Pegawai as-Salihin Trustee Berhad akan menghubungi anda melalui WhatsApp atau panggilan telefon untuk menetapkan tarikh temu janji secara atas talian atau secara bersemuka.
as-Salihin menawarkan khidmat nasihat secara PERCUMA melalui aplikasi Zoom atau secara bersemuka di lokasi berdekatan anda.
2) Apakah dokumen penting yang diperlukan untuk membuat Rancang Harta?
a) Maklumat Peribadi pemohon serta Salinan Kad Pengenalan (Warganegara) atau Salinan Passport (Bukan Warganegara)
b) Senarai Aset & Hutang
c) Menyatakan hasrat pemohon berkaitan kaedah pengagihan beserta maklumat penerima.
d) Melantik Wasi yang akan bertanggungjawab menguruskan hutang, harta pusaka dan melaksanakan pelaksanaan.
e) Melantik penjaga harta bagi anak bawah umur.
Proses Perancangan Harta ini akan diselia dan dibimbing oleh pegawai as-Salihin Trustee Berhad.
3) Berapa lamakah tempoh proses penyediaan dokumen produk Rancang Harta di as-Salihin Trustee Berhad?
Proses penyediaan dokumen mengambil masa selama 3 sehingga 7 hari bekerja selepas pihak as-Salihin Trustee Berhad menerima dokumen yang lengkap beserta pembayaran deposit.
Tempoh masa diatas adalah bergantung kepada jenis produk Rancang Harta yang dipilih.
4) Adakah saya perlu membuat pembayaran bulanan bagi langganan produk Rancang Harta?
Tidak. Bayaran bagi pakej Rancang Harta adalah sekali sahaja semasa proses penyediaan dokumen.
Pelaksanaan pembayaran pentadbiran Rancang Harta akan dikenakan setelah berlakunya kematian pemohon.
Bayaran pentadbiran ini akan dijelaskan menggunakan harta yang ditinggalkan.
5) Bagaimanakah cara saya mengemas kini aset pada masa yang akan datang?
Anda boleh mengemas kini harta, hutang dan maklumat peribadi pada masa akan datang melalui portal Sistem E-PAI di laman web as-Salihin Trustee Berhad.
https://as-salihin.com/en/personal-asset-inventory-list-e-pai/
Muat turun E-PAI form
6) Apakah perbezaan antara Wasiat dan Hibah?
| Wasiat | Hibah |
| 1) Ciri Dokumen | |
| · Wasiat adalah perisytiharan atau Hasrat yang dinyatakan oleh pemilik harta berkaitan harta dan pengurusannya. · Ia Berkuat kuasa selepas kematian | · Hibah adalah pemberian harta yang dilaksanakan semasa pemilik harta masih hidup · Ia berkuat kuasa serta merta selepas pembentukkannya · |
| 2) Apakah Fungsi | |
| Fungsi utama Wasiat adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran harta serta penyelesaian hutang secara total dan cepat melalui pelantikan wasi/pentadbir. | Hibah merupakan instrumen untuk menyatakan kaedah pengagihan harta tertentu kepada benefisiari tertentu. |
| 3) Had Pemberian | |
| · Pengagihan harta melalui wasiat a) Maksimum 1/3 daripada harta boleh diberikan kepada penerima yang bukan dikalangan Waris faraid seperti anak angkat, anak saudara, sepupu, keluarga bukan Islam, pemberian untuk tujuan sedekah, infaq dan wakaf dan sebagainya. b) 2/3 daripada harta adalah untuk diagihkan kepada waris faraid · Pemberian kepada waris Faraid melalui wasiat adalah tertakluk kepada hukum Faraid. · Jika Hasrat yang dinyatakan tidak mengikut hukum Faraid maka persetujuan daripada waris Faraid mestilah diperolehi sebelum pengagihan wasiat tersebut dilaksanakan. | · Pemberian melalui Hibah tiada had tertentu dan dibenarkan untuk diberikan harta kepada mana-mana benefisiari yang dikehendaki. · Pemberian melalui hibah adalah tidak tertakluk kepada hukum Faraid |
