SERTAI KAMI SEBAGAI IEP
Perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka Islam adalah satu industri yang sedang giat berkembang di Malaysia.
- Dianggarkan 85% Muslim di Malaysia masih lagi belum berwasiat dan melaksanakan perancangan bagi harta mereka.
Jadi ini merupakan satu peluang yang tidak seharusnya dilepaskan.
Mengapa anda perlu memilih kami?

Syarikat Amanah Berwibawa
as-Salihin Trustee Berhad merupakan sebuah syarikat amanah yang berdaftar bawah Akta Syarikat Amanah 1949. Syarikat ini ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam serta memelihara, melindungi dan mengagihkan harta umat Islam berdasarkan prinsip Syariah.

Lesen Seumur Hidup
Yuran lesen Perancang Harta Pusaka Islam atau ‘Islamic Estate Planner (IEP) hanya perlu dibayar sekali sahaja iaitu semasa pendaftaran mengikut jenis lesen samada Individu atau Korporat.

Tiada Syarat CPD Hour
Jam kredit bagi Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) tidak diperlukan. Kami menyediakan sistem sokongan latihan dan pemasaran secara berterusan bagi meningkatkan kompetensi serta tahap profesionalisme IEP.

Potensi Pendapatan Lumayan & Berpanjangan
Anda mampu menjana pendapatan dengan hasil komisen yang menarik daripada pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Lebih menarik, pendapatan anda boleh diwarisi.

Insentif Istimewa & Percutian Percuma
Kami menyediakan ganjaran yang menarik berupa insentif wang tunai dan bukan wang tunai termasuklah pakej percutian percuma di dalam & luar negara.
POTENSI PASARAN DI MALAYSIA
Lebih 85% umat Islam di Malaysia masih tidak mempunyai Perancangan Harta Pusaka.
as-Salihin memerlukan kerjasama anda sebagai Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) untuk membantu memenuhi keperluan umat Islam bagi memelihara, melindungi dan mengagih harta berdasarkan prinsip Syariah.
HADIR KE TAKLIMAT PELUANG PERNIAGAAN SECARA ONLINE
Untuk mendapatkan penerangan yang jelas tentang industri perancangan harta pusaka Islam dan faedah-faedah sebagai Perancang Harta Pusaka Islam.
Anda dijemput untuk menghadiri Taklimat Peluang Perniagaan yang kami sediakan secara PERCUMA.
HADIR KE TAKLIMAT PELUANG PERNIAGAAN
Untuk penerangan yang jelas tentang industri perancangan harta pusaka Islam dan faedah-faedah menyertai kami sebagai Perancang Harta Pusaka Islam.
Anda dijemput untuk menghadiri Taklimat Peluang Perniagaan yang kami sediakan secara PERCUMA.
Soalan Lazim
Apakah Perbezaan Antara Peranan Perancang Harta Islam dengan Perancang Harta Konvensional?
Perancang Harta Islam beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip syariah Islam, sementara Perancang Harta Konvensional beroperasi mengikut undang-undang sivil dan peraturan kewangan konvensional.
Perancang Harta Islam mempertimbangkan aspek-aspek seperti pewarisan harta yang adil, pematuhan terhadap hukum Islam dan pengurusan harta mengikut prinsip-prinsip syariah.
Bagaimana Perancang Harta Islam Membantu Masyarakat Muslim dalam Perancangan Hartanya?
Perancang Harta Islam membantu masyarakat Muslim dengan menyediakan nasihat dan bimbingan profesional dalam perancangan harta mereka mengikut syariat Islam.
Mereka membantu menguruskan harta benda, menyusun wasiat, melibatkan amanah, serta memberikan penyelesaian yang sesuai dengan ajaran Islam untuk pengurusan harta dan pewarisan.
Adakah Terdapat Keperluan Modal Awal atau Yuran untuk Menyertai Perniagaan Perancang Harta Islam?
Keperluan modal awal atau yuran untuk menyertai Perniagaan Perancang Harta Islam boleh berbeza bergantung kepada lesen Individu atau lesen Korporat yang dipilih.
Kos pembayaran hanya dibayar sekali sahaja seumur hidup dan tiada yuran tahunan akan dikenakan.
Bagaimana Jangkaan Pendapatan dan Ganjaran Dalam Perniagaan Perancang Harta Islam?
Jangkaan pendapatan dalam perniagaan Perancang Harta Islam bergantung kepada pelanggan, skop perkhidmatan yang ditawarkan dan kejayaan perniagaan.
Sebagai seorang Perancang Harta Islam yang berjaya, anda boleh mendapatkan perndapatan yang baik melalui perkhidmatan konsultasi, bayaran komisen daripada pelanggan, dan potensi pengembangan kumpulan/pasukan anda.
Pendapatan dan ganjaran juga boleh meningkat seiring dengan reputasi dan kebolehan anda dalam memberikan nasihat dan penyelesaian berkualiti.
Adakah Terdapat Peluang Pengembangan Profesional dan Kemajuan Kerjaya dalam Bidang Perancang Harta Islam?
Ya, as-Salihin Trustee Berhad memyediakan peluang pengembangan profesional dan kemajuan kerjaya dalam bidang Perancang Harta Islam.
Kami menyediakan kursus-kursus dan seminar yang berkaitan untuk meningkatkan pengetahuan dan kecekapan anda dalam perancangan harta Islam.
Modul kursus yang disediakan adalah berstruktur dan komprehensif yang boleh meningkat kredibiliti anda dan membuka pintu kepada peluang kerjaya yang lebih baik.
Adakah Saya Layak Mendapat Diskaun bagi Dokumen Wasiat
Ya, anda mendapat 70% diskaun bagi Dokumen Wasiat setelah menjadi Perancang Harta Pusaka Islam (IEP)
