Profesor Madya Dr. Siti Mashitoh binti Mahamood

B. Sh. (Hons) (UM), M.Sh. (UM), Ph.D (Birmigham).

Mantan Profesor Madya di Jabatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

assalihin Org-Chart-2024_Board-Of-Syariah-Advisors-1_Prof-Madya-Dr-Siti-Mashitoh

Dr Siti Mashitoh Mahamood adalah seorang mantan Profesor Madya di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia. Beliau telah bersara pada 5 Julai 2026 setelah berkhidmat selama 34 tahun di Universiti Malaya bermula pada tahun 1992 sebagai Pengajar (Tutor). Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian Kelas Pertama daripada Fakulti Syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya pada tahun 1992. Pada tahun 1996, beliau dianugerahkan Sarjana Syariah oleh Universiti yang sama. Beliau menamatkan pengajian kedoktorannya pada tahun 2000 di University of Birmingham, United Kingdom dengan pengkhususan dalam bidang Wakaf dan Undang-undang Harta Islam.

 

Bidang kepakaran beliau adalah dalam Wakaf dan Undang-Undang Harta Islam (melibatkan Hibah, Wasiat, Pusaka, Zakat dan Baitulmal), Pengurusan Harta dan Perancangan Pusaka Orang Islam dan Undang-Undang Pentadbiran Harta Orang Islam. Beliau banyak menulis artikel dan buku dalam bidang kepakarannya. Beliau telah menerima pelbagai pingat emas dan anugerah kecemerlangan untuk kerja-kerja penyelidikan, pembangunan kerjaya dan perkhidmatan akademik yang dilaksanakan. Artikel scopus beliau dalam jurnal Humanomics bertajuk “Financing universities through waqf, pious endowment: is it possible?” telah menerima anugerah Outstanding Paper Award for the Emerald Literati Network Awards for Excellence 2016 daripada Emerald Group Publishing Limited, United Kingdom.

Kini, Dr Siti Mashitoh Mahamood merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah As-Salihin Trustee Berhad selain Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Yayasan Waqaf Malaysia dan Member of the Advisory Council untuk World Zakat & Waqf Forum.

 

Beliau terlibat dalam pelbagai projek dan aktiviti perundingan dengan institusi kerajaan dan swasta, termasuk firma undang-undang Syariah dan undang-undang Sivil. Beliau juga terlibat dalam menyediakan pendapat undang-undang dan bertindak sebagai saksi pakar untuk kes-kes Mahkamah di Malaysia serta institusi lain, termasuk beberapa institusi antarabangsa mengenai perkara wakaf & kehartaan Islam lainnya.

 

Beliau sangat aktif dalam usaha penggubalan dan pindaan Undang-undang Wakaf negara termasuk untuk Selangor dan Wilayah-Wilayah Persekutuan seperti Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015, Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) (Pindaan) 2016, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 (Akta A1749), Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Wakaf) 2025. 

 

Beliau merupakan Mantan dan orang pertama yang dilantik sebagai Pengarah UM Awqaf di Universiti Malaya bagi menguruskan wakaf. Hasil penyelidikan dan pengalaman peringkat nasional dan antarabangsa yang diperolehinya daripada projek-projek penyelidikan universiti wakaf telah digunakan untuk pelaksanaan wakaf Universiti Malaya. 10 Oktober 2018 merupakan tarikh bersejarah kerana pada tarikh tersebut UM telah diberikan status Mutawalli oleh MAIWP untuk tujuan pelaksanaan Wakaf UM. Beliau juga telah memulakan kutipan Wakaf Universiti Malaya pada tahun yang sama.

 

Dr Siti Mashitoh Mahamood juga telah terlibat menganggotai pelbagai portfolio di pelbagai institusi sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Pakar Rujuk, Penasihat Syariah serta Ahli Jawatankuasa: iaitu Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) (2019 – April 2023), Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah YWM (2021- April 2023), Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Surat Ikatan Amanah Tambahan (JKSIAT) YWM (2020), Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah YWM (2010–2015, 2019-2021, 2023-sehingga kini), Pakar Rujuk Wakaf Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf UM – MAIWP (2019-2026), Pakar Rujuk Jawatankuasa Tabung Zakat UM (2021-2025), Pakar Rujuk Jawatankuasa Tabung Zakat dan Wakaf UM (2025 – 2026), Ahli Jawatankuasa Tabung Wakaf Tunai MAIWP (2023- 2026), Ahli Jawatankuasa Undang-undang Majlis Agama Islam Selangor (2012-2020), Ahli Jawatankuasa Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) (2019-2023), Corporate Advisor (Syariah Compliant Advisor) Al-Hidayah Group of Companies (2020-2022), Pengerusi Jawatankuasa Bersama Wakaf Ilmu PWS-KUIS (2016-2019), Panel Pakar Muamalat JAKIM (2016-2018), Pasukan Petugas (Task force) Berhubung Dengan Pemerkasaan Governan Harta Orang Islam, JAKIM (2023-2024), Ahli Jawatankuasa Pengajaran, Latihan dan Pembangunan Profesional Peguam Syarie di bawah Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan (2023-2024), Ahli Jawatankuasa Kecil Pengurusan Kursi Awqaf, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (2024-2026) dan lain-lain lagi.

 

Beliau juga terlibat dalam penggubalan pelbagai Manual wakaf untuk Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Dr Siti Mashitoh Mahamood telah juga terlibat sebagai Pakar Rujuk dalam Penyediaan Pelan lnduk Wakaf Nasional (Aspek Perundangan) bagi Pemerkasaan Perundangan Wakaf di Malaysia dan Pakar Rujuk Round Table Discussion Pembentukan Model Tabung Wakaf dan Infak Negara (TWIN).

Scroll to Top