Khatijah binti Mohd Saari

KETUA JABATAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA & AMANAH

Khatijah binti Mohd Saari merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan telah diterima masuk sebagai pengamal undang undang oleh Badan Peguam Malaysia pada 18 Mac 2011. Beliau pernah berkhidmat sebagai peguam sebelum menyertai as-Salihin. Bidang pengajian beliau merangkumi Undang-Undang Pewarisan, Sistem Undang-Undang Islam, Undang-Undang Sivil dan Jenayah, Undang-Undang Antarabangsa Awam, Transaksi dalam Undang-Undang Islam, Perbankan Islam dan Takaful.

Beliau kini mengetuai Jabatan Pentadbiran Harta Pusaka, menguruskan pelbagai jenis pentadbiran harta pusaka di as-Salihin Trustee Berhad. Khatijah menyertai as-Salihin pada tahun 2012, dan pengalaman kerjanya di as-Salihin termasuk memberi konsultasi mengenai isu pentadbiran harta pusaka Islam, mengadakan ceramah mengenai prosedur pentadbiran harta pusaka di Malaysia, dan perancangan harta pusaka.

Scroll to Top