Dari Amanah ke Amal: Bantuan as-Salihin Untuk Mangsa Banjir Kelantan

Tumpat, 13 DisemberDari Amanah ke Amal: Bantuan as-Salihin Untuk Mangsa Banjir Kelantan
 
Wakil Pejabat as-Salihin Wilayah Kelantan dan Terengganu Utara serta beberapa pegawai dari ibu pejabat telah turun padang ke Kampung Jubakar Pantai, Kelantan bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk dalam bencana baru-baru ini.
 
Dalam suasana hujan yang masih belum reda, kami hadir ke rumah salah seorang Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) kami, En Mazlan bin Zawawi yang telah memainkan peranan besar dalam membantu komuniti setempat dengan menjadikan rumah beliau sebagai tempat perlindungan sementara bagi 65 orang mangsa banjir daripada 12 keluarga yang tinggal berdekatan sewaktu bencana berlaku.
 
Hasil daripada tabung derma as-Salihin yang dilancarkan sebelum ini, sumbangan berupa barangan keperluan harian, kipas elektrik, dan bantuan tunai telah disalurkan kepada keluarga-keluarga yang terjejas. Selain itu, bagi membantu proses pemulihan pasca banjir, kami turut menyerahkan sebuah jet pencuci kepada Masjid Al-Muhsinin Mukim Jubakar Pantai yang berhampiran untuk digunakan dalam kerja-kerja pembersihan oleh ahli kariah setempat.
 
Penyampaian bantuan ini adalah fasa pertama daripada komitmen kami untuk membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir. InsyaAllah, usaha ini akan diteruskan di fasa seterusnya demi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

 

Kami di as-Salihin Trustee Berhad mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang telah mempercayai kami sebagai pemegang amanah dalam menyampaikan sumbangan. Semoga setiap usaha ini dikira sebagai amalan kebaikan dan menjadi asbab bantuan kepada mereka yang sedang diuji.
 
Kami mendoakan agar semua keluarga mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

 

#PrihatinBersamaasSalihin #BantuanMangsaBanjir #TumpatBangkit #amanah #perancanghartapusakaislam

Scroll to Top