HIBAH BUKAN SEKADAR RUMAH
Aset Hibah
Tahukah anda bahawa aset yang boleh dihibahkan bukan hanya sekadar rumah tetapi anda boleh hibahkan aset-aset lain seperti:

Hibah Hartanah Bercagar
Hibah bagi rumah atau tanah yang masih dalam pinjaman bank. Penerima tetap boleh menerima hartanah tersebut, tetapi kebiasaannya dilindungi oleh insurans (seperti MRTT/MLTT) untuk melayakkan penyelesaian hutang jika berlaku kematian.

Hibah Hartanah Bebas Cagaran
Hibah bagi rumah, tanah, atau bangunan yang sudah selesai dibayar sepenuhnya dan bebas daripada sebarang gadaian bank. Proses pemindahannya lebih mudah dan terus.

Hibah Harta Alih dan Tunai
Hibah yang melibatkan aset yang mudah dipindahkan atau dicairkan, seperti simpanan bank, deposit tetap, emas, barang kemas, kereta, atau barang berharga lain.

Hibah Saham Perniagaan
Hibah bagi pegangan atau pemilikan saham dalam syarikat persendirian (seperti Syarikat Sdn Bhd) bagi memastikan kelangsungan atau agihan pemilikan perniagaan.

Hibah Saham Bursa
Hibah yang melibatkan pelaburan saham syarikat awam yang didagangkan di Pasaran Saham (Bursa Malaysia).
Apa itu Pri-Hibah?
Pri-Hibah ialah Deklarasi Hibah yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut serta pemberian kepada Benefisiari.
Ciri-ciri Pri-Hibah di as-Salihin
Penguatkuasaan Serta-Merta
Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat.
Syarat Pembatalan Hibah
Hanya pemberian daripada ibu/bapa atau datuk/nenek boleh dibatalkan.
Agihan Mengikut Terma Pri-Hibah
Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Pri-Hibah.
Ciri-ciri Pri-Hibah di as-Salihin
01.
HIBAH AMANAH
Hubungi Saya Segera
02.
HIBAH AMANAH
Hubungi Saya Segera
03.
HIBAH AMANAH
Hubungi Saya SegeraKelebihan Membuat Pri-Hibah
Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Pri-Hibah). Oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid. Ia boleh digunakan sebagai instrumen untuk membuat pembahagian sama rata untuk anak-anak.
Penghibah mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.
Penghibah boleh memastikan benefisiari terpelihara ketika beliau dalam keadaan tidak berupaya dan bukan hanya apabila beliau meninggal dunia.
Penghibah masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga hak benefisiari yang belum dewasa.
Bantu Yang Tersayang Menerima Harta Anda Dengan Sempurna
Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selepas pemergian anda.
