Perjanjian Aset Perolehan Bersama

Apakah Harta Sepencarian?

Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah dianggap sebagai “Harta Sepencarian“. Pasangan suami/isteri mempunyai hak masing-masing ke atas Harta Sepencarian. Namun, hak tersebut perlu dituntut melalui mahkamah. Apabila berlaku kematian salah seorang suami/isteri maka pasangan yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian ke atas bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dilaksanakan.

Perkhidmatan Harta Sepencarian di as-Salihin

Sering berlaku keadaan di mana benefisiari si mati tidak bersetuju  dengan  tuntutan Harta Sepencarian oleh pasangan suami/isteri selepas kematian suami/isteri.

 

Untuk mengelakkan masalah pertikaian keluarga yang yang tidak diingini berlaku selepas kematian, as-Salihin menyediakan dokumen yang dinamakan Perjanjian Aset Perolehan Bersama iaitu satu instrumen pembahagian Harta Sepencarian.

Kelebihan Membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama

Pembahagian Mengikut Persetujuan Bersama

Kedua-dua pihak suami dan isteri boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing.

Melindungi Hak Suami Isteri

Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam perjanjian tanpa pertelingkahan.

Mempercepatkan Proses Pembahagian

Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah.

Menjimatkan Kos

Menjimatkan kos tanpa perlu ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak.

Tiada Pertelingkahan dan Pertikaian

Tiada pertelingkahan kerana perjanjian merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak.

Mudah dan Selesa

Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi. as-Salihin membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama mengikut pembahagian yang telah mereka persetujui.

Kelebihan Membuat Pri-Hibah

Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Pri-Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid. Ia boleh digunakan sebagai instrumen untuk membuat pembahagian sama rata untuk anak-anak.

Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.

Setlor boleh memastikan benefisiari terpelihara ketika beliau dalam keadaan tidak berupaya dan bukan hanya apabila beliau meninggal dunia.

Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga hak benefisiari yang belum dewasa.

Mengapa biarkan orang lain membuat keputusan untuk mengagihkan aset anda selepas pemergian anda?

Anda berhak menentukan siapa Wasi anda. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk anda. Adalah penting untuk memastikan Wasi yang dilantik mampu serta layak menjalankan tugas bagi memastikan kebajikan si mati dan ahli keluarga terjaga.

Scroll to Top