Memperkenalkan Fast Guide Satu Panduan Pengagihan Faraid Secara Online

Sudahkah Anda Menulis Wasiat?

Penulisan wasiat adalah sesuatu yang mesti dilakukan sekiranya anda mempunyai harta dan ahli keluarga malah menjadi kewajipan bagi mereka yang mempunyai hutang untuk menulis wasiat.

Penulisan wasiat seharusnya perlu dilakukan segera, ketika anda waras dan sihat tubuh badan. Jangan mengambil sikap tunggu dan lihat atau bertangguh. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menulis wasiat, anda boleh menghubungi as-Salihin.

as-Salihin adalah pakar perancangan harta pusaka Islam.  Di as-Salihin, kami mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam urusan penulisan Wasiat dan Pentadbiran Harta Pusaka.

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar: Rasulullah S.A.W bersabda:

“Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala.”

Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selepas pemergian anda.  Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk anda.

Scroll to Top