Puan Raja Noorma binti Raja Othman

Puan Raja Noorma binti Raja Othman telah berpengalaman lebih daripada 30 tahun dalam sektor perbankan, pengurusan aset dan korporat. Sebelum beliau bersara pada tahun 2018, beliau merupakan Ketua CIMB Bank Berhad Cawangan London pada tahun 2015 hingga tahun 2018.

Beliau juga merupakan Pengarah bagi Kumpulan Pengurusan Aset di CIMB Investment Bank Berhad (“CIMB IB”) pada tahun 2007 hingga tahun 2015 dimana beliau bertanggungjawab mengawal selia aktiviti perniagaan pengurusan aset bagi kumpulan CIMB.

Pada masa yang sama, beliau juga telah  menjawat jawatan  Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB-Mapletree Management Sdn Bhd,  beliau juga adalah penasihat kepada  Dana Hartanah persendirian.

assalihin 2024 Organisation Chart for Board Of Directors - Puan Raja Noorma
Scroll to Top