Ammar Husni Hussin

PENGURUS WILAYAH PERAK

Ammar Husni Hussin merupakan Pengurus Cawangan Wilayah Perak, as-Salihin Trustee Berhad dan telah berkhidmat selama 5 tahun dalam bidang perancangan harta pusaka Islam.

 

Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Universiti Malaya (UM). Sebelum menyertai as-Salihin Trustee Berhad, beliau mempunyai pengalaman dalam bidang guaman Syariah sebagai Penolong Pegawai Perundangan dan Pelatih Dalam Kamar di sebuah Firma Guaman. Beliau terlibat dalam pengurusan kes-kes di Mahkamah Syariah, penyediaan dokumen perundangan serta urusan bersama pelanggan dan pihak mahkamah.

 

Di as-Salihin Trustee Berhad, karier beliau bermula sebagai pegawai yang bertanggungjawab bagi wilayah Negeri Sembilan dan Melaka. Terlibat secara aktif dalam bidang perancangan harta pusaka Islam terutamanya dalam memberi panduan dan latihan berterusan kepada IEP-IEP berkaitan produk perancangan dan pentadbiran harta pusaka.

 

Dalam kapasiti beliau sebagai Pengurus Cawangan Wilayah Perak, kini beliau bertanggungjawab dalam mengurus dan membangunkan operasi cawangan, membimbing serta membangunkan Perancang Harta Pusaka Islam (IEP), di samping merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif dan aktiviti bagi meningkatkan prestasi dan perkembangan perniagaan di Wilayah Perak.

 

Berbekalkan latar belakang Syariah dan Undang-Undang serta pengalaman dalam bidang perundangan dan perancangan harta pusaka Islam, beliau turut aktif dalam menyampaikan ilmu dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan perancangan harta pusaka yang teratur dan selaras dengan prinsip Syariah.

 

Beliau komited dalam membantu individu dan keluarga merancang serta mengurus harta pusaka dengan lebih sistematik demi memastikan hasrat pemilik harta dapat direalisasikan dan kepentingan waris dapat dipelihara.

Scroll to Top