as-Salihin Trustee Berhad Rasmi Pejabat Baharu Cawangan Wilayah Utara di Bertam

๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ, ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐† โ€” Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, as-Salihin Trustee Berhad telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat Baharu Cawangan Wilayah Utara di Bertam, Pulau Pinang, susulan pemindahan operasi cawangan daripada lokasi terdahulu di Seberang Jaya.
ย 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh ๐˜๐ ๐’๐ž๐ง๐š๐ญ๐จ๐ซ ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š ๐ƒ๐ซ. ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐๐šโ€™๐ข๐ฆ ๐›๐ข๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐จ๐ค๐ก๐ญ๐š๐ซ, Ahli Dewan Negara. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Syariah, barisan pengurusan, rakan strategik, Perancang Harta Pusaka Islam serta para tetamu.
ย 
Pemindahan operasi ke Bertam merupakan satu langkah strategik dalam usaha as-Salihin Trustee Berhad untuk terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta mendekatkan akses kepada masyarakat di Wilayah Utara.
ย 
Lebih daripada sekadar pertukaran lokasi, pejabat baharu ini diharapkan dapat berkembang sebagai ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ, ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ, ๐ซ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐š๐ข๐š๐ง ๐ก๐š๐ซ๐ญ๐š ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐š๐ค๐š yang dipercayai masyarakat, sekali gus memperluas kesedaran mengenai kepentingan perancangan harta, pemeliharaan amanah serta kebajikan waris secara lebih teratur dan bertanggungjawab.
ย 
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang telah memenuhi jemputan, menyumbang tenaga, masa dan komitmen dalam merealisasikan acara pembukaan pejabat baharu ini.
ย 
Semoga Pejabat as-Salihin Trustee Berhad Cawangan Wilayah Utara di Bertam terus menjadi medan khidmat yang diberkati, memberi manfaat kepada masyarakat serta menyumbang kepada pengurusan harta pusaka umat Islam yang lebih terancang, profesional dan berkesan.
Scroll to Top