Khairi bin Mustafa

KETUA PEGAWAI OPERASI

Khairi Bin Mustafa merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari  Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) . Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Akaun di A&W Malaysia Sdn Bhd dari 1998 ke 2002.

Kemudian beliau berkhidmat di Rockwills Corporation Sdn Bhd selama 14 tahun dimana jawatan terakhir beliau adalah sebagai Penolong Pengurus Besar di Jabatan Kewangan dan Pentadbiran.

Pada tahun 2015 , beliau memulakan tugas di as-Salihin Trustee Berhad sebagai Ketua Pengawai Operasi sehingga sekarang. Beliau juga ahli kepada Institut Akautan Malaysia sejak 2011 dan mempunyai  Lesen Wakil Penkidmatan Pasaran Modal dari Suruhanjaya Sekuriti. Dengan pengalaman beliau sebagai Akauntan bersama Syarikat Amanah, beliau merupakan panel bagi program dalaman seperti AMLA, FATCA dan Percukaian untuk Perkerja dan Perancang Harta Pusaka Islam as-Salihin Trustee Berhad.

Scroll to Top