Mohamad Azri bin Mohd Bakri
PENGURUS WILAYAH UTARA
Mohamad Azri Bin Mohd Bakri telah menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Kepujian dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada tahun 2015 dengan pengkhususan dalam Pengajian Islam, Kesusasteraan Arab, Tamadun Islam, Fiqh Al-Lughah, Pengajian tatabahasa Bahasa Arab dan Komunikasi dan Pewarisan Pusaka Islam (Faraid).
Beliau mempunyai pengalaman luas sejak tahun 2018 dalam mengendalikan ceramah/memberikan latihan kepada individu dan korporat mengenai Perancangan Harta Pusaka Islam, menguruskan harta pusaka di Pusaka Kecil dan melaksanaan tugas dalam pelbagai aspek perancangan harta pusaka di negeri Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis – sebahagian daripada Cawangan Wilayah Utara as-Salihin Trustee Berhad.
Mohamad Azri Bin Mohd Bakri kini memegang jawatan sebagai Pengurus Cawangan Wilayah Utara (Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis) dengan matlamat jelas untuk memajukan as-Salihin Trustee Berhad sebagai Pusat Perancangan Harta Pusaka Islam.
