Nursyamsinar binti Ab. Latiff
KETUA JABATAN SOKONGAN PERNIAGAAN
Nursyamsinar binti Ab. Latiff memegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Bidang pengajiannya merangkumi Sistem Perundangan Malaysia, Undang-Undang Kontrak, Sistem Perundangan Islam, Undang-Undang Keluarga, Undang-Undang Tanah, Undang-Undang Syarikat, Undang-Undang Harta Islam, Pengurusan Harta Pusaka dan Undang-Undang Pewarisan, Undang-Undang Sivil dan Jenayah, Undang-Undang Antarabangsa serta Prosedur Jenayah & Sivil Mahkamah Syariah.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai peguam yang mengkhusus dalam litigasi perbankan dari tahun 2005 sehingga 2009. Beliau menyertai as-Salihin Trustee Berhad pada September 2010 sebagai Eksekutif Undang-Undang di Jabatan Pentadbiran Harta Pusaka dan berpindah ke pejabat Wilayah Selatan dari Januari 2012 sehingga Disember 2014. Pada tahun 2015, beliau berpindah semula ke ibu pejabat as-Salihin Trustee Berhad dan menyertai Jabatan Pematuhan sehingga September 2022. Dari Oktober 2022 sehingga kini, beliau bertindak sebagai Ketua Jabatan Sokongan Perniagaan.
