Bayaran pengurusan jenazah: Tanggungjawab siapa?

Isi Kandungan

Berdasarkan Imam al-Nawawi dalam kitabnya, Minhaj al-Tolibin muka surat 180:

يبدأ من تركة الميت بمؤنة تجهيزه ثم تقضى ديونه ثم وصاياه من ثلث الباقي ثم يقسم الباقي بين الورقة

Maksudnya: “Pengurusan harta peninggalan si mati dimulakan dengan membiayai kelengkapan dan pengurusan jenazahnya, kemudian diselesaikan hutang-hutangnya kemudian dipenuhi wasiatnya (hanya satu pertiga daripadanya) kemudian baharulah diberikan baki harta tersebut secara faraid kepada waris-waris yang berhak”.

Pembiayaan Pengurusan Jenazah Menggunakan Wang Harta Pusaka Si Mati.

Apabila seorang Muslim/Muslimah meninggal dunia, perkara pertama yang perlu diuruskan adalah urusan pengkebumian jenazah. Kos dan perbelanjaan pengkebumian tersebut perlu ditanggung oleh waris si mati.

Antara kos-kos yang perlu ditanggung melalui harta pusaka si mati ialah:

  1. Pembelian kain kafan;
  2. Pembelian kelengkapan mandian;
  3. Upah gali kubur;
  4. Upah pengangkutan jenazah;
  5. Lain-lain kos berkaitan pengebumian

Artikel ini disediakan oleh Ahmad Nasarudin Husain,Eksekutif, as-Salihin Trustee Berhad.

Kesalahfahaman Berkenaan Pembiayaan Pengurusan Jenazah

Kos dan perbelanjaan lain yang sering masyarakat melayu belanjakan untuk tujuan:

  1. Kenduri tahlil, 
  2. Bayaran duit saguhati kepada individu yang bersolat untuk jenazah, 
  3. Upah batu nisan 

Kita perlu jelas bahawa kenduri tahlil tidak wajib dan tidak termasuk dalam perkara-perkara yang wajib dilaksanakan dalam pengurusan jenazah. 

Kos-kos bukanlah ini tanggungan harta pusaka si mati dan tidak boleh mengunakan harta puska simati untuk membiayai kos dan perbelanjaan tersebut.

Tidak salah untuk waris membuat kenduri tahlil, tetapi ia menjadi satu kesalahan jika mereka menggunakan harta peninggalan  si mati untuk  menanggung kos kenduri tahlil tersebut tanpa persetujuaan semua waris Faraid.

Walaubagaimanapun,  ia adalah dibenarkan dan halal bagi tujuan tersebut jika semua waris Faraid simati bersetuju untuk menggunakan harta peninggalannya  bagi membiayai kenduri tahlil  dengan syarat semua waris Faraid si mati itu waras atau dewasa. 

Jika ada dikalangan waris tersebut yang tidak waras atau kanak-kanak di bawah umur maka tidak dibenarkan.

Artikel Berkaitan

Scroll to Top