Dato’ Indera Hj. Ab Karim bin Hj. Ab Rahman
D.P.M.T, P.J.C, SIMP
- Dikurniakan Bintang Darjah Kebesaran Mahkota Terengganu (D.P.M.T) pada tahun 2000
- Dikurniakan Pingat Jasa Cemerlang (P.J.C) pada tahun 2002
- Dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP)
Dato’ Indera Hj. Ab Karim bin Hj. Ab Rahman merupakan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor. Pada permualaan kerjayanya, beliau bertugas sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang pada tahun 1983. Dalam 37 tahun kerjaya dalam bidang perudangan, beliau telah memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang Negeri di Pejabat Penasihat Undang-undang di Terengganu dan Perlis.
Sepanjang memegang jawatan ini, beliau telah memberi sumbangan besar kepada pelbagai jawatankuasa dan organisasi, termasuk peranannya sebagai Ahli Jawatankuasa Penyelarasan Undang-undang Islam. Selepas memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang Negeri, beliau memperoleh pengiktirafan seterusnya sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di Kuantan, Kuala Lumpur, dan Selangor selepas itu beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat di Jabatan Perdana Menteri.
Dato’ Indera Hj. Ab Karim bin Hj. Ab Rahman mengarang Bench Book (Civil Procedure & Criminal Procedure And Evidence) 3rd Edition. Beliau sangat menekan terhadap pembangunan profesional dengan mengambil bahagian secara aktif dalam kursus dan seminar semasa beliau dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
Sebagai mengiktiraf sumbangan luar biasa beliau dalam bidang undang-undang dan khidmat bakti beliau kepada negara, Dato’ Indera Hj. Ab Karim bin Hj. Ab Rahman telah menerima beberapa anugerah dan gelaran yang berprestij, termasuklah Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang dianugerahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Bintang Darjah Kebesaran Mahkota Terengganu (D.P.M.T) pada tahun 2000 dan Pingat Jasa Cemerlang (P.J.C) pada tahun 2002.
