Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Hidayah Centre Foundation & as-Salihin Trustee Berhad.
12 Julai 2023 | Satu jalinan kerjasama telah dimeterai di antara Hidayah Centre Foundation yang diwakili oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Joannes Lukas dan wakil daripada as-Salihin Trustee Berhad iaitu Tuan Haji Abdul Aziz Peru Mohamed selaku Ketua Pegawai Eksekutif.
Turut hadir adalah wakil-wakil daripada Hidayah Centre Foundation iaitu Ir. Hj Wan Ahmad Nizar Zakaria selaku Bendahari Lembaga Pemegang Amanah, Puan Amirah Mansor, Direktor Perkhidmatan Korporat dan Encik Mohd Safwan Saparudin selaku Pengurus Unit Dana Lestari HCF. Manakala wakil daripada pihak as-Salihin Trustee Berhad adalah Puan Amna Fazillah Ismail, Ketua Pegawai Perniagaan dan juga En. Khairi Mustafa selaku Ketua Pegawai Operasi.
Seiring dengan moto Hidayah Centre Foundation, Tuan Joannes Lukas selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif nya berharap agar kerjasama strategik ini dapat bersama membantu Hidayah Centre Foundation menjayakan misi “Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf” melalui inisiatif pengurusan aset dan harta pusaka yang menjadi kepakaran as-Salihin Trustee Berhad sejak tahun 2004.
Misi-misi utama jalinan kerjasama as-Salihin Trustee Berhad dan Hidayah Centre Foundation ini adalah:
1) Memperkasakan lagi komuniti saudara-saudara baharu (mualaf) di seluruh Malaysia beserta pengurusan harta pusaka islam.
2) Meningkatkan kesedaran umat Islam terhadap kewajipan membantu usaha dakwah dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Semoga kerjasama dan hubungan yang erat dapat mengukuhkan lagi pengetahuan dan kepentingan merancang harta pusaka secara komprehensif.
Siapa Hidayah Centre Foundation?
Hidayah Centre (HC) merupakan satu institusi yang berkhidmat untuk menghubungkan komuniti daripada pelbagai etnik dan agama di Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 2005.
Pada 29 Februari 2012, The Trustees of Hidayah Centre Foundation registered atau lebih dikenali sebagai Hidayah Centre Foundation, telah diperbadankan secara rasmi di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan nombor pendaftaran PPAB-14/2012.
Khidmat dan aktiviti HC adalah tertumpu kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama, serta mualaf yang memerlukan bantuan dan bimbingan dalam pelbagai aspek.
Perkhidmatan:
- Pendaftaran Pengislaman bagi Mualaf.
- Kelas Bimbingan Mualaf.
- Latihan Dakwah.
Sukarelawan:
- Rakan Hidayah.
Maklumat lanjut berkenaan Hidayah Centre Foundation layari www.hidayahcentre.org.my
“Sampaikan Islam, Santuni Mualaf”
