Mohd Irwan bin Abu Zahar
PENGURUS WILAYAH TENGAH
Mohd Irwan Bin Abu Zahar merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Syariah (LLB & LLB_S).
Sepanjang pengajiannya, beliau telah mendalami pelbagai bidang perundangan termasuk Undang-Undang Harta Islam, Probet dan Undang-Undang Pewarisan, Sistem Perundangan Islam, Undang-Undang Sivil dan Jenayah, Undang-Undang Antarabangsa Awam, Transaksi dalam Undang-Undang Islam, Usul al-Fiqh, serta Keterangan dan Prosedur Mahkamah Syariah. Pengajiannya turut merangkumi Ayat al-Quran dan Hadith yang berkaitan dengan aspek perundangan.
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang perancangan dan pentadbiran harta Islam, termasuk penyediaan dokumentasi undang-undang bagi Wasiat dan Amanah Islam, pentadbiran harta pusaka Muslim serta pengendalian latihan berkaitan perancangan harta Islam. Sejak tahun 2008, beliau turut terlibat secara aktif dalam melatih Perancang Harta Islam serta menyampaikan ceramah dan perkongsian ilmu kepada masyarakat.
Bidang kepakaran beliau merangkumi Undang-Undang Pewarisan Islam serta pelbagai instrumen Syariah yang berkaitan dengan perancangan dan pentadbiran harta.
Sepanjang kerjayanya di as-Salihin Trustee Berhad, beliau telah memegang beberapa jawatan penting. Antaranya ialah Ketua Jabatan Undang-Undang & Dokumentasi (Institusi Kewangan) sehingga tahun 2020, diikuti sebagai Ketua Jabatan Sokongan Perniagaan sehingga tahun 2022. Dari November 2022 hingga Mei 2025, beliau berkhidmat sebagai Pengurus Wilayah Tengah.
Kini, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Pentadbiran Amanah & Pusaka Kecil, dengan tanggungjawab dalam pengurusan serta pentadbiran amanah dan harta pusaka.
Selain itu, beliau turut berperanan sebagai Sekretariat kepada Lembaga Penasihat Syariah as-Salihin Trustee Berhad, bagi menyokong pelaksanaan dan tadbir urus Syariah syarikat.
