Perancangan Harta Pusaka: Setiap Fasa Kehidupan Ada Perancangan Tersendiri

Isi Kandungan

Bujang: Mula Melakar Perancangan.

Kehidupan sebagai individu bujang sering dikaitkan dengan kebebasan kewangan dan kurangnya komitmen. Namun, inilah masa terbaik untuk mula merancang harta pusaka. Simpanan pertama, pelaburan kecil, atau aset seperti kereta dan hartanah memerlukan dokumen hibah atau wasiat yang jelas untuk memudahkan urusan pewarisan kelak.

Jika Berkahwin: Melindungi Pasangan

Perkahwinan membawa tanggungjawab baru, termasuk memastikan hak pasangan dilindungi jika sesuatu berlaku. Merancang harta pada fasa ini membolehkan pasangan mendapat manfaat daripada dokumen hibah, harta sepencarian atau amanah yang disediakan. Ini memastikan pasangan terus mendapat sokongan kewangan jika berlaku kematian secara mengejut.

Jika Mempunyai Anak: Membina Masa Depan Keluarga

Kelahiran anak adalah saat yang membahagiakan dan juga waktu penting untuk mengemaskini perancangan harta pusaka. Amanah harta dan penamaan penjaga harta (guardian of property) dalam dokumen rasmi perlu dibuat untuk melindungi hak anak-anak, terutama jika mereka masih di bawah umur.

Membesarkan Anak: Mengukuhkan Aset dan Pendidikan

Ketika anak-anak membesar, tanggungjawab kewangan bertambah. Pelan pendidikan, simpanan untuk masa depan, dan pelaburan hartanah memerlukan dokumentasi yang jelas. Perancangan harta pusaka perlu disemak semula mengikut keperluan semasa bagi memastikan aset terus berkembang dan dapat diwariskan mengikut hasrat yang diinginkan.

Pasangan Meninggal Dunia: Menguruskan Legasi

Adalah disarankan untuk anda mendapatkan bantuan pakar dalam menyediakan dokumen wasiat. Syarikat Amanah yang menawarkan perkhidmatan perancangan harta pusaka mampu memberikan nasihat undang-undang yang tepat dan membantu memastikan dokumen wasiat anda mematuhi hukum syarak dan berlandaskan undang-undang.

 

Kami juga menggalakkan Individu yang berhasrat untuk menulis wasiat agar melantik Syarikat Amanah sebagai Pentadbir Harta anda. Ini kerana, Syarikat Amanah telus dalam melaksanakan Wasiat anda serta tidak mempunyai apa-apa konflik kepentingan keatas aset si mati. Setiap proses mahupun kerja yang dijalankan direkod dan diaudit sepenuhnya bagi memastikan kepatuhan sepenuhnya terhadap undang-undang.

Dengan panduan-panduan ini, anda boleh mempercepatkan proses pencairan harta pusaka anda sekiranya meninggal dunia dan memberikan panduan yang jelas kepada waris anda kelak.

Harta Diwariskan kepada Anak-Anak: Warisan Generasi

Pada akhir hayat, matlamat utama setiap orang adalah memastikan harta diagihkan mengikut Faraid atau perancangan yang ditetapkan. Penyediaan dokumen hibah, wasiat, atau amanah memainkan peranan penting untuk mengelakkan konflik dan memastikan kebajikan anak-anak terpelihara.

Perancangan untuk Saham Akhirat

Perancangan yang dibuat di setiap fasa kehidupan di atas digalakkan untuk diagihkan sebahagian harta untuk menjana pahala akhirat melalui sedekah dan jariah/infaq untuk tujuan agama atau kepada pihak yang memerlukan.

Jadi Bila Masa Terbaik Merancang?

Perancangan harta pusaka boleh dimulakan pada bila-bila masa, namun lebih awal lebih baik. Mulakan dengan menetapkan matlamat kewangan, menyenaraikan aset, dan berjumpa pakar perancang harta kami yang profesional untuk mendapatkan panduan yang tepat. Jangan tunggu sehingga berlaku kecemasan. Harta yang dirancang rapi membawa keberkatan dan ketenangan fikiran kepada keluarga anda.

“Perancangan Manusia itu adalah Usaha, dan Perancangan Allah itu adalah takdir. Lengkapkan perancangan anda hari ini.”

Artikel Berkaitan

Faraid Kalkulator
Scroll to Top