Wasiat Menurut Islam

Isi Kandungan

Apa itu Wasiat?

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya.

Faraid dan Wasiat

Faraid dan Wasiat saling memerlukan di antara satu sama lain. 

Faraid menjaga hak waris manakala wasiat pula memberi hak dan ruang kepada pewasiat untuk mewariskan hartanya kepada orang-orang yang bukan waris menurut Islam seperti anak atau ibu bapa angkat, ahli keluarga bukan Islam, cucu atau ahli keluarga yang tidak mendapat bahagian dalam Faraid ataupun untuk apa-apa tujuan kebajikan.

 Wasiat juga merupakan instrumen perwarisan yang membolehkan pewasiat menjana pahala dengan memperuntukan harta untuk sedekah dan jariah.

Artikel Berkaitan: Apa itu Hukum Faraid?

Pelaksanaan Wasiat

Dalam perlaksanaan Wasiat, hukum Faraid memastikan bahawa pewasiat tidak boleh menghalang ahli-ahli keluarga yang berhak menurut Al-Quran daripada menerima pusaka. 

Seorang Islam hanya boleh mewasiatkan satu pertiga (1/3) daripada hartanya kepada bukan waris. 

Sekiranya pewasiat ingin mewasiatkan harta kepada bukan waris melebihi 1/3 bahagian, maka pemberian tersebut perlu dipersetujui oleh semua waris.

Artikel Berkaitan: Bolehkah Wasiat kepada Waris Faraid Tanpa Ikut Hukum Faraid?

Perancangan harta pusaka bukan hanya mengenai pengagihan aset anda selepas kematian anda tapi yang lebih penting adalah bagaimana urusan pentadbiran harta pusaka anda dilaksanakan.

1) Melalui Wasiat anda berhak melantik Wasi/Pentadbir harta pusaka dalam kalangan individu atau syarikat amanah yang anda percayai dan yakin boleh melaksanakan tugas tersebut.

2) Wasi akan menjalankan pentadbiran harta pusaka si mati termasuk mengeluarkan semua wang simpanan, membayar hutang, mengagihkan harta kepada waris.

3) Wasiat tidak perlu mendapatkan tandatangan semua waris dan dapat mengurangkan prosedur pentadbiran harta pusaka.

4) Tempoh masa harta pusaka diagihkan kepada waris dapat dipendekkan.

5) Pewasiat dapat memberikan 1/3 daripada harta kepada bukan waris dengan tujuan meningkatkan amal jariah seperti sedekah, waqaf dan sebagainya. 

6) Akhir sekali, pewasiat dapat menyampaikan Pesanan Terakhir kepada waris-warisnya.

Siapakah Waris Faraid menurut Islam?

Waris telah ditetapkan dalam Islam. Waris utama berikut tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta si mati, dengan syarat mereka beragama Islam. Mereka adalah:

Sebagai contoh cucu bukanlah secara automatik menjadi waris dan hanya akan mewarisi dalam situasi tertentu.

Antara golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah :

Mengapa Orang Islam Digalakkan Membuat Wasiat?

Orang Islam digalakkan untuk menulis Wasiat seperti yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar: Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 

“Tidak baik bagi seorang Muslim memiliki sesuatu yang ingin diwasiatkan bermalam dua malam, kecuali wasiatnya itu tertulis di sisinya.” 

Dipetik daripada Sahih Al Bukhari (jilid IV m/s 1)

Selain itu, pengurusan harta pusaka dapat terjamin dengan membuat Wasiat dan melantik Wasi. Harta orang Islam dapat ditadbir dengan segera apabila meninggal dunia mengelakkan harta terbeku terlalu lama. 

Melalui penulisan Wasiat, orang islam boleh menetapkan pembahagian harta pusaka mereka mengikut Faraid dari segi saham atau bahagian serta mereka boleh menentukan secara khusus kaedah perletakan hak harta–harta tertentu kepada waris-waris tertentu berdasarkan saham mereka menurut Faraid. 

Contohnya anak lelaki diberikan sebuah rumah, manakala tanah pertanian diberikan kepada anak perempuan.

Dengan cara demikian, masalah perkongsian satu harta bersama semua waris dapat dielakkan. 

Sekiranya harta yang ditinggalkan tidak banyak, adalah lebih baik pewasiat memberi kuasa kepada Wasi untuk membahagikan harta mengikut hukum Faraid dan pada masa yang sama memberi kuasa kepada Wasi untuk bertindak dengan budi bicaranya untuk membahagikan harta tersebut dengan mengambil kira aspek ekonomi tanpa menjejaskan hak waris.

Kesedaran Umum Tentang Faraid & Peranan Wasiat

Secara umumnya, ramai orang Islam salah faham tentang konsep Faraid. 

Sebenarnya harus difahami bahawa Faraid hanya menetapkan nilai saham atau bahagian yang khusus untuk waris-waris tertentu bukannya menentukan bentuk pembahagian. 

Pembahagian yang dibuat sewajarnya perlu munasabah mengikut kesesuaian dan mestilah mendatangkan keuntungan dari segi ekonomi dan mampu meningkatkan kualiti hidup dan pembangunan ekonomi waris

Kesimpulan

Kesimpulannya, Wasiat bukanlah sekadar dokumen pengagihan harta tetapi ia adalah dokumen penting yang digunakan untuk mempercepatkan dan memudahkan urusan pentadbiran dan pengagihan harta pusaka untuk manfaat keluarga yang telah ditinggalkan.

Video: Puan Amna Fazillah Ismail | Mengapa Perlu Buat Wasiat Sedangkan Ada Hukum Faraid?

Artikel ini disediakan oleh Amna Fazillah Binti Ismail, Timbalan Presiden as-Salihin Trustee Berhad.

Kunjungi Faraid Kalkulator & Blog
Faraid Kalkulator
Scroll to Top