Perbezaan Wasiat Dan Hibah

Isi Kandungan

Perbezaan Wasiat dan Hibah?

1) Wasiat

Wasiat ertinya iqrar seseorang yang dibuat semasa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas dia meninggal dunia

Wasiat mempunyai fungsi seperti:

  • Pelantikan Wasi: Pewasiat mempunyai kelebihan untuk memilih dan melantik wasi atau Pemegang Amanah.
  • Pelantikan Penjaga Harta: Boleh melantik Penjaga Harta yang akan menjaga harta bagi pihak waris-waris yang masih lagi di bawah umur dan OKU sehinggalah mereka semua cukup umur atau berkemampuan dalam menguruskan harta sendiri.
  • Penyelesaian hutang dan perbelanjaan: Harta pusaka si mati akan digunakan untuk penyelesaian hutang-piutang terlebih dahulu, ini juga terpakai untuk hutang dari sudut agama. Contohnya seperti zakat, fidyah, kaffarah, haji, nazar dan lain-lain.
  • Pemberian harta pusaka: Pewasiat boleh menyatakan hasrat pemberian harta di dalam wasiat mengikut keinginannya, namun ia terbahagi kepada dua keadaan:
  1. Pemberian kepada bukan waris faraid, contoh seperti anak angkat, sahabat dan lain-lain serta pemberian untuk tujuan sedekah, infaq atau wakaf.

Pemberian ini bersifat pilihan dan tertakluk kepada maksimum 1/3 daripada keseluruhan harta pewasiat sahaja. Pemberian ini tidak boleh ditentang.

  1. Pemberian kepada waris faraid, contoh seperti ibu bapa, pasangan, anak lelaki dan lain-lain:

Pemberian yang tidak mengikut kadar Faraid adalah dibenarkan tetapi pelaksanaan pemberian tersebut perlu persetujuan semua waris-waris selepas kematian pewasiat.

Jika semua waris bersetuju dengan wasiat tersebut, maka pemberian akan dibuat mengikut wasiat.

Namun jika ada waris yang tidak bersetuju dengannya, maka wajib diserahkan bahagian faraid mereka yang tidak bersetuju itu.

  • Pengagihan Baki Harta: Wasiat mempunyai fungsi untuk menguruskan harta pusaka walaupun harta tersebut tidak dinyatakan di dalam wasiat ataupun mungkin tidak wujud semasa wasiat itu dibuat tetapi wujud semasa kematian pewasiat.
  • Arahan tambahan dan pesanan terakhir: pewasiat boleh menyatakan apa-apa sahaja arahan dan pesanan kepada waris-waris selagi mana ia tidak bertentangan dengan undang-undang dan hukum syarak.

Nota: Arahan tambahan dan pesanan terakhir tidak mempunyai kesan undang-undang jika ia tidak dilaksanakan.

2) Hibah

Hibah adalah pemberian yang diberikan oleh Pemberi hibah kepada penerima secara percuma tanpa mengharapkan apa-apa balasan. 

Hibah mempunyai satu fungsi sahaja iaitu pemberian harta kepada penerima hibah yang disukai, pemberian hibah tiada kadar dan had tertentu ia juga tidak tertakluk kepada hutang dan faraid.

Pelaksanaan hibah terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Hibah Mutlak: suatu pemberian yang terus disempurnakan pemilikannya ke atas harta tersebut, iaitu akad hibah dan pindahmilik dilakukan serta merta semasa hidup pemberi hibah.
  1. Hibah Amanah: suatu deklarasi pemberian harta yang dibuat oleh pemberi hibah kepada penerima hibah. Dimana selagi pemberi hibah itu masih hidup beliau akan memegang harta hibah sebagai Amanah bagi pihak benefisiari.

Pindah milik harta hibah kepada penerima hibah akan disempurnakan apabila pemberi hibah meninggal dunia atau hilang upaya kekal.

Di as-Salihin Trustee Berhad, kami mencadangkan kepada para pelanggan kami untuk membuat perancangan Hibah Amanah melalui perkhidmatan kami yang dinamakan sebagai Pri-Hibah.

Kesimpulannya, setiap perancangan mempunyai kelebihan dan kekurangan dan setiap individu boleh memilih perancangan harta yang diperlukan sama ada wasiat atau hibah ataupun kedua-duanya sekali.

Namun kami menasihatkan agar anda semua mendapatkan konsultansi daripada pakar dahulu sebelum membuat keputusan dokumen yang perlu dipilih untuk dijadikan perancangan.

Alhamdulillah kami di as-Salihin Trustee Berhad mempunyai kepakaran dan kemampuan untuk membantu anda dalam membuat pilihan yang tepat. 

Sila hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat dan konsultansi secara PERCUMA.

Apakah Kepentingan Menulis Wasiat dan Hibah?

Perancangan Harta Pusaka adalah penting semasa hidup si pemilik harta. 

Kegagalan dalam menyediakan perancangan harta pusaka akan membawa kepada kesan yang buruk seperti:

  1. Pertelingkahan ahli keluarga sehingga menyebabkan kesukaran menjalankan pentadbiran pusaka.
  2. Tempoh masa yang sangat lama dan menelan kos yang tinggi.
  3. Tekanan fizikal dan mental kepada pentadbir mahupun waris-waris.

Serta membawa kepada kegagalan dalam mencairkan dan mengagihkan harta pusaka tersebut. 

Pada tahun 2020 dicatatkan lebih RM70 billion harta pusaka yang telah terbeku.

Apakah Instrumen-Instrumen Perancangan Harta Pusaka?

Dalam dunia Perancangan Harta Pusaka Islam, pelbagai jenis dokumen perancangan harta pusaka yang wujud seperti:

  1. Wasiat
  2. Hibah
  3. Deklarasi Harta Sepencarian
  4. Amanah; dan lain-lain dokumen.

Setiap dokumen mempunyai fungsi dan peranan serta keunikannya yang tersendiri dalam membantu umat Islam merancang harta pusaka dengan lebih terperinci dan kemas.

Artikel ini disediakan oleh En. Rasmin bin Hamzah Yap, Pegawai Latihan di as-Salihin Trustee Berhad.

Scroll to Top